Monday, February 9, 2009

KENALI MEREKA..KENALI DIRI KITA


Usamah bin Zaid, Mus’ab bin Umair, Aisyah binti Abu Bakar. Mahasiswa mahasiswi graduan universiti tarbiyyah Rasulullah saw. Kita membaca sejarah mereka. Pemuda pemudi. berusia seperti kita. Hebat bukan? Namun kini semuanya sudah tersimpan rapi dalam lipatan sirah silam. Hanya mereka yang membukanya dengan hati yang celik sahaja dapat mencium harumannya.
Itu kisah mereka. Kita pula di mana? Mahasiswa mahasiswi muda di atas bumi yang sama. Namun tidak kelihatan kehebatan pemuda seperti Usamah bin Zaid. Di manakah pewaris Aisyah binti Abu Bakar? Mungkin zaman kita berbeza. Atau sejarahkah yang tidak mungkin berulang? Mereka boleh, mengapa kita tidak boleh?? Pasti silapnya ada pada kita.
Seorang alim pernah berkata : “ Sistem pendidikan hari ini tidak lagi mampu melahirkan jiwa-jiwa yang merasa manis dalam beribadah..”.Benar,kita memang kekurangan mahasiswa mahasiswi Muslim yang matang dan peka terhadap isu-isu semasa. Ketandusan pemikiran, thaqafah dan nilai diri yang semakin membimbangkan. Atas kesedaran ini, PERMAI menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Minda dan Kendiri PERMAI(JKK PMK PERMAI) dengan harapan dapat membantu ahli Permai khususnya dalam proses pembentukan mahasiwa mahasiswi Muslim yang sejati.


Kita mahu melahirkan mahasiswa mahasiswi berjiwa mulia. Berhati hamba tetapi bertenaga. Pergaulan sesama manusia yang dihiasi keimanan dan ketaqwaan. Menerangi kesuraman ummah dengan cahaya peribadinya. Sanggup berkorban dan berkhidmat untuk Islam. Juga memiliki 10 sifat Mahasiswa Mahasiswi Muslim Sejati :
1. Aqidah yang sejahtera

2. Ibadah yang sahih

3. Akhlak yang unggul

4. Luas pengetahuan

5. Kuat tubuh badan

6. Mampu berdikari

7. Melawan nafsu

8. Sangat menjaga masa

9. Tersusun urusannya

10. Bermanfaat kepada orang lain


Dan kami, selaku wakil JKK PMK PERMAI 2008/2009 amat mengharapkan kerjasama semua ahli dan respon positif untuk program-program anjuran PMK Permai. Sebarang idea dan buah fikiran juga sangat dialu-alukan. Moga hari-hari yang kita lalui diiringi dengan peningkatan diri dan kematangan fikiran mahasiswa mahasiswi Muslim sejati ke arah mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.Insya’allah.

No comments:

Post a Comment