Wednesday, July 8, 2009

Kepentingan Meniliti Sumber Ilmu
www.iLuvislam.com
oleh : fuadsyazwan



Sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini, menyebar sebarang berita atau riwayat berunsur Islamik tanpa mengambil kira sumber bahan itu diperoleh. Bahan-bahan ini sesetengahnya, jika diteliti dengan baik, hanyalah satu kisah rekaan yang jelas tiada asas dalam agama Islam. Kecenderungan ni sebenarnya dipengaruhi oleh keghairahan untuk berkongsi bahan-bahan yang kononnya berunsur Islamik.

Perkara ini merupakan satu fenomena yang amat mengancam kesucian Islam itu sendiri. Kerana kisah-kisah ini sebenarnya telah mengotori kesucian agama Islam yang setiap sumbernya, yakni Al Quran dan As-Sunnah, dipelihara melalui rangkaian sanad yang bersambung terus kepada Rasulullah, wakil Allah di muka bumi. Kisah-kisah yang sering menjadi pilihan untuk disebarkan sudah tentulah kisah-kisah alam ghaib. Lebih menarik, apabila disertakan dengan kata-kata Allah sebagaimana kisah ini:


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"



Menarik, bukan? Sebuah riwayat yang menceritakan perihal manusia sebelum dibangkitkan ke muka bumi. Tapi, bagaimanakah kisah ini sampai ke pengetahuan manusia? Siapakah yang meriwayatkannya? Jika diteliti, tiada sebarang dalil Al-Quran mahupun As-Sunnah bagi menyokong kisah ini. Kisah ini tidak lain hanyalah sebuah rekaan, yang dicipta bagi memesongkan akidah umat Islam. Bukankah kanak-kanak kecil bermain-main dalam taman Syurga itu merupakan budaya dalam agama Kristian? Firman Allah,


"Maka tidak ada Yang lebih zalim daripada orang Yang berdusta terhadap Allah atau Yang mendustakan ayat-ayatNya. orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa Yang telah tersurat (bagi mereka)" (Al A’raf 7:37)


Kisah-kisah seperti ini, tidak ada kebaikannya untuk disebarkan kepada khalayak umum. Dan sepatutnya, sumber kisah ini diperoleh terlebih dahulu sebelum disebarkan. Lupakah kita bagaimana ulamak-ulamak dahulu begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis? Ulamak terdahulu tidak menerima bulat-bulat sebarang kisah atau riwayat yang berunsur Islamik walaupun dari sudut akalnya betul, tetapi jka sumbernya salah, maka riwayat itu akan ditolak. Para ulama sepakat mengatakan tidak harus dijadikan sebagai hujah bagi menyabitkan sesuatu, sebab ia tersenarai di dalam kategori “Muhdathat” atau perkara baru yang diada-adakan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,


"Adapun sesudah itu, maka sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah Kitab Allah (al-Quran), dan petunjuk yang paling mulia lagi utama (selepas al-Quran) adalah petunjuk Muhammad (s.a.w.), sementara itu perkara yang paling jahat ialah sesuatu yang diada-adakan . (Ingat) setiap perkara yang diada-adakan itu adalah sesat, dan tiap-tiap kesesatan itu (pasti dihumban) ke dalam neraka."
[hadis riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu]


Kerana itulah kita sepatutnya bersikap lebih berhati-hati dalam menyebarkan kisah seperti ini. Pahala yang dicari, namun dosa yang diperoleh. Kisah-kisah seperti penciptaan dunia, penciptaan malaikat, syaitan dan manusia, sering berlegar di kalangan masyarakat, tanpa dijelaskan asal kisah tersebut. Lebih teruk, apabila disertakan juga firman Allah, tanpa dinyatakan Hadis Qudsi atau ayat Al-Quran di mana firman itu diperoleh. Bukankah firman itu wahyu? Siapakah penulis ini yang mengetahui kata-kata Allah tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadis? Firman Allah,


"Dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan Yang benar, sedang mereka menyangka Bahawa mereka orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk."
(Az-Zukhruf 43:37)


Begitu juga dengan kisah para wali. Kita selalu ghairah menceritakan perihal wali ini dan wali itu terbang ke sana ke mari. Untuk apakah diceritakan semua ini dengan berlebihan? Kenapakah kita terlalu mendedahkan masyarakat dengan definisi yang salah mengenai karomah? Jika kita bertanya kepada anggota masyarakat mengenai karomah, sudah tentu mereka cenderung menjawab tentang kebolehan untuk terbang, solat di air dan sebagainya.

Adakah karomah itu sekadar ini sahaja? Sudah lupakah kita dengan kisah ulamak-ulamak muktabar? Imam Syafi’e, Imam Malik, Imam Nawawi, contohnya, tidak pernah kedengaran kisah mereka terbang, tetapi, karomah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka jauh lebih hebat dari terbang. Karomah apa? Karomah akal yang hebat. Allah mengurniakan mereka akal yang hebat bagi membolehkan mereka mengarang kitab muktabar yang menjadi panduan umat zaman-berzaman. Kenapa karomah seperti ini tidak dihighlightkan dalam penulisan?

Sudah sampai masanya bagi kita, menilai semula kesahihan kisah-kisah yang kita baca. Zaman ini teknologi sudah hebat, dan kita boleh bertanya kepada ulamak yang berada beribu-ribu kilometer jauhnya dari rumah kita dalam masa yang singkat. Oleh itu, bertanyalah dahulu kepada para alim ulamak, kerana sesungguhnya ulamak itulah pewaris para nabi, yang meneruskan usaha para anbiya’, berusaha mengeluarkan manusia dari kegelapan kejahilan. Firman Allah,


"..oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl 16:43)


Sebelum menyebar sesuatu perkara, seseorang itu perlu melakukan beberapa perkara berikut:
• Mengesahkan kesahihan perkara tersebut di sisi syarak dengan ilmu nya yang sahih.
• Jika tidak mampu, bertanya kepada orang yang lebih tahu.
• Jika masih tidak mampu, wajib berdiam diri dari menyebarkan berita yang tidak sahih.

Abdulullah Ibn Mubarak pernah menyebut:
"Isnad itu sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad maka orang akan berkata sesuka hatinya".

Wallahua’lam

Muhammad Fuad Syazwan Ramli
Muslims For New World
29 Ogos 2007 الاسناد من الدين ، ولولا الاسناد لقال من شاء ما شاء

Monday, July 6, 2009

Mahasiswa Muslim



Sumber : http://www.e-ppms.org/index.php?option=com_content&task=view&id=767&Itemid=37

Mahasiswa Muslim. Saya ingin berkongsi pengalaman berkenaan gerak kerja dan kecemerlangan seorang mahasiswa muslim. Setelah beberapa ketika berpersatuan, saya ingin simpulkan 2 kualiti yang kita inginkan apabila mahu menjana dan menggerak kecemerlangan akademik dan menggarap keupayaan berpersatuan.


Fikrah Islam.
Syarat yang pertama untuk keberjayaan mahasiswa muslim ialah pada fikrah Islamnya. Maka apakah fikrah Islam itu? Seharusnya bukan saya yang selayaknya mendefinisikannya. Namun, apa yang saya faham fikrah( fikrah dari perkataan fikir, ataupun idea. Jadi ianya bersangkutpaut dengan ideologi) Islam ialah berusaha memahami syariat, dan berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan cara hidup Islam pada level kefahaman kita. Jadi, apabila kita berdepan dengan perkara baru, sedaya upaya kita mencari nas-nas dalam Al-quran dan Assunnah untuk kita membuat keputusan, seterusnya membuat menjalankan keputusan itu, seterusnya bertawakal kepada Allah.

Pada pengalaman saya, ramai dikalangan rakan yang mempunyai latar belakang sekolah agama ataupun berasrama penuh, mempunyai fikrah Islam yang baik dan sebahagian mereka komited sekali dengan persatuan Islam. sungguhpun begitu, terdapat juga kelemahan mereka untuk mentafsir unsur-unsur baru dan masalah-masalah baru dalam kehidupan. Sebagai contoh, ramai dikalangan muslim di asrama dahulu, cemerlang walaupun kaki tidur dan tidak pergi ke kelas. Namun begitu, apabila di universiti, mereka masih bersikap lama, walhal cabaran sudah bertambah. Ini menyebabkan walaupun sudah ada Islamic circle, sedikit sekali isu pengurusan akademik, isu pengurusan diri, penyelesaian kritis kepada masalah baru, disentuh dan diberi perhatian oleh muslim berfikrah Islam. bukan sedikit yang berfikrah Islam, lemah dalam akademik, lemah dalam aspek pengurusan persatuan Islam, gagal memanfaatkan perselisihan pandangan sebagai aspek pengayaan dalam cambah fikir, malah ramai juga tidak fokus dalam sesebuah projek.Fokus dalam sesebuah projek dan gerakkerja

Di satu sudut yang lain pula, saya berjumpa dengan sebahagian mereka yang muslim, namun begitu sudah luntur identiti muslimnya. Mereka masih menunaikan solat 5 waktu, membaca al-quran, namun untuk bersama berbincang mengenai masalah dan keperluan umat Islam setempat, mereka menjadi kaku dan tidak berminat, dek kerana fikrah lain sudah menguasai pemikiran. Fikrah ini boleh jadi bola sepak, boleh jadi hiburan, mahupun aspek kekayaan material tanpa asas agama. Namun begitu, mereka ini ramai yang fokus dalam aktiviti mereka. Mereka cemerlang dalam akademik mereka. Apabila diberi tugasan seperti menganjurkan majlis hiburan, majlis makan-makan, konsert, mereka akan berjaya melaksanakan tugasan ini. Mereka juga ada keyakinan diri dan mampu berinteraksi baik dengan rakan-rakan bukan Islam atau yang tidak sebangsa. Malah, saya merasa yakin mereka mampu untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya pada masa depan, dengan fokus dan sikap yang baik.

Siapa musuh kita? Sungguh kita melihat umat Islam diratah dan dibunuh, lemahnya kita dari segala bidang. Apa sebenarnya musuh kita. Adakah mereka yang berperasangka buruk kepada Islam dan mahu menghancurkannya?. Jawapannya tidak, bukan itu musuh kita. Musuh kita selaku mahasiswa ialah “MALAS”.Ya, kita malas untuk fokus.Kita malas untuk cemerlang dalam akademik, lantas kerja-kerja berpersatuan Islam kita jadikan alasan.Kita malas memahami ideologi-ideologi lain, lantas kita kafirkan semuanya sebagai jalan pintas.Kita malas bergaul dengan rakan-rakan bukan Islam dan tidak sebangsa, lantas kita terhadkan usrah dan dakwah kita pada yang muslim sahaja.Kita malas ingin mematangkan diri, lantas menjadikan alasan untuk tidak berumahtangga.Kita malas merancang kehidupan selepas graduasi, lantas menerima sahaja tawaran kerja dari mana-mana pihak walaupun tidak bersesuaian dengan kehendak kita.

Malas adalah musuh kita.Inilah cabaran kita dalam cemerlang dalam ibadah sebagai mahasiswa. Buangkanlah sifat malasmu, ambilkan fikrah Islam dan fokus dalam kerja dan pengurusan.Itulah intipatinya!

Friday, July 3, 2009



Kamulah Yang Tertinggi




Pembentukan fikrah dan pemikiran Islamiyyah yang berjaya terpasak atas empat kriteria utama iaitu yakin penuh dengan ajaran Islam selari seiring dengan keikhlasan dalam usaha menegakkannya, punyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.

Keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan.

Inilah ciri-ciri yang patut menjadi darah daging dalam diri setiap pemuda-pemudi Islam.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya mengapa pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji Islam.


إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)


Kita bukan sekadar pelajar universiti yang menghadapi banyaknya subjek dan peperiksaan yang perlu diduduki tetapi kita jugalah adalah pemuda-pemuda Islam yang akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kita itu akan menjadi bertambah berat.

Oleh itu sepatutnya kita akan lebih berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kita jualah yang menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan masyarakat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Sesungguhnya Allah telah memuliakan kita dengan menamakan kita angkatanNya, dengan mengurniakan iman serta mendidik kita atas dasar agamanya.

(Ali-Imran:110):
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ
وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia: iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan, dan kamu menegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.


Tentukanlah matlamat dan haluan kita. Persiapkan penjuru dan posisi masing-masing.Perbaiki kelemahan dan berusahalah untuk belajar memberi manfaat kepada orang lain. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukmin.

Kamulah yang tertinggi, jika kamu beriman.

(olahan daripada petikan catatan al-Syaheed Hassan Al-Banna)

Tuesday, May 26, 2009

Ustaz, Encik atau Protaz



Sumber : http://genta-rasa.com/2009/05/23/ustaz-encik-atau-protaz/#more-423

“Nak panggil encik ke ustaz?”
Saya terkejut. Ada juga pertanyaan semacam itu.
“Panggil apa-apa sahajalah,” jawab saya ringkas.
“Tak boleh begitu…”
“Mengapa?
“Ustaz itu yang orang yang mempunyai latar belakang agama,” balasnya.
“Latar belakang agama?” tanya saya lagi.
Kalau sekadar berlatar belakangkan agama, semua kita memilikinya. Kita orang Islam. Bisik hati saya.

“Kalau ada kelulusan agama, bolehlah kita dipanggil ustaz,” jelasnya lagi.
Saya senyum. Dia semacam begitu naif. Tetapi benarkah begitu?
“Kalau begitu saya bukan ustaz. Saya encik,” jawab saya akhirnya.
“Tapi kenapa encik selalu cakap tentang agama?’
Saya akui kuliah, tulisan atau sajak-sajak yang saya tulis mempunyai “suara” dan “bau” agama. Islam agama saya, salahkah saya bercakap dengan agama saya? Begitu suara hati saya. Tetapi saya pendamkan sahaja. Bimbang kalau-kalau nanti disalah ertikan atau terkasar bahasanya.

“Kenapa… kalau bukan ustaz tidak boleh bercakap tentang agama?”
“Saya dengar begitulah. Tidak autentik. Tidak ada autoriti,” jawabnya terus terang.
“Kenapa begitu ya?”
“Ya lah, kalau kita bercakap agama tetapi tanpa nas dan dalil kita mungkin mengelirukan orang lain.”
“Walaupun sekadar mengajak untuk mengerjakan kebaikan. Contohnya, nak mengajak orang solat, berakhlak baik, rajin bekerja, tinggalkan mengumpat… perlu dalil juga?”
“Mestilah. Bukankah halal dan haram itu pasti ada nas dan dalilnya?”

Saya benar-benar terkejut dengan kefasihan dan kelancarannya berhujah. Dia bukan sebarang. Kelihatan naif, tetapi sebenarnya tajam dan licik gaya berfikirnya.
“Benar, semua itu ada nas dan dalil… tetapi semua orang sedia maklum akan haram atau halanya. Contohnya, majoriti sudah tahu solat itu wajib, mengumpat itu haram. Nas dan dalil bukan masalah utama di sini.”
“Masalahnya apa?”
“Masalah kita bukan tidak tahu wajib atau haramnya sesuatu itu…tetapi kita tidak mahu melakukannya. Tahu solat wajib, tetapi malas melakukannya. Tahu mengumpat itu haram, tetapi suka melakukannya.”

“Kalau itu masalahnya, bagaimana kita hendak menanganinya?”
“Ustaz lebih tahu!” balas saya tiba-tiba. Dia terkejut dengan panggilan saya. Sejak tadi saya hanya memanggilnya dengan panggilan “saudara”. Tetapi sekarang hati saya cenderung merasakan bahawa dia memang seorang ustaz (berkelulusan agama).
“Ya, ya… saya seorang ustaz.”
“Alhamdulillah, kalau begitu soalan tadi saya kembalikan kepada ustaz. Ustaz tentu lebih arif,” kata saya. Memang saya mengharapkan jawapan dan panduan daripadanya.

“Semua pihak perlu memainkan peranan. Kita mesti menyeru dan mendidik masyarakat,” jawabnya setelah diam sejenak.
“Termasuklah saya yang “encik” ini kan?” kilas saya perlahan.
Dia mengangguk.
“Benar kata ustaz… Encik cara encik, ustaz cara ustaz. Saya hanya mampu menyeru, berdakwah dan mengingatkan. Sepatah yang saya tahu, sepatah yang saya sampaikan.” “Sampaikan daripada ku walau sepotong ayat… Begitu kita dianjurkan oleh Rasulullah SAW,” ujar ustaz mengeluarkan nas.
“Kalau begitu, encik sudah jadi seorang dai, seorang pendakwah,” tambahnya lagi.
“Ya, kita umat dakwah. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dengan kemampuan kita.”
“Dengan kuasa, lidah atau sekadar benci dengan hati!” balas ustaz.
“Betul ustaz.”

“Tapi saya khuatir ramai yang menyamar jadi ustaz sekarang ni. Tidak ada kelulusan agama tetapi merasakan diri layak untuk digelar ustaz,” ustaz itu menyuarakan kebimbangannya.
“Kelulusan yang bagaimana?”
“Ya lah, mesti ada PHD, MA, BA atau setidak-tidaknya diploma dalam bidang agama daripada universiti dalam atau luar negara.”
“Kalau setakat tamat pengajian pondok, boleh dipanggil ustaz?”saya bertanya.
Ustaz itu termenung. Berfikir agaknya.

Dalam ruang ingatan saya terbayang “ustaz Z” – guru yang mengajar saya sewaktu kanak-kanak dahulu. Pada akhir tahun 60’an ustaz Z mengajar saya tentang tauhid, fikah dan akhlak. Dia berserban dan bergamis putih. Ustaz Z hanya belajar sekolah pondok (begitu pengakuannya pada saya). Namun saya kagum dengan kegigihannya. Kesungguhannya mengajar anak desa dengan ganjaran paling minima ketika itu sangat saya hargai. Dan diantara yang “luar biasa” tentang ustaz Z itu ialah dialah satu-satunya ahli agama yang rela dipanggil ustaz!

Mungkin generasi sekarang terkejut dengan kenyataan saya. Tetapi itulah hakikatnya. Pada zaman Pop Ye Ye , The Beetle , kemudian menyusul budaya hippies dan woodstock pada waktu itu kehidupan beragama memang tercabar. Menutup aurat (sekadar dengan tudung pendek) itu pun sudah dianggap asing. Dan pada waktu itu ramai ustaz-ustaz (maksudnya orang yang berkelulusan agama) yang malu kalau dipanggil ustaz. Pengalaman saya sendiri berdepan dengan ustaz yang mahu dipanggil ustaz hanya di kawasan sekolah! Jangan di tempat awam.

Namun sekarang ustaz-ustaz sudah naik “harganya”. Malah sudah ada “glamour”. Sudah ada rancangan TV yang popular sama ada yang dihoskan oleh ustaz atau secara langsung dinamakan dengan tanyalah ustaz. Tidak hairan jika kini ramai ustaz yang mahu dipanggil ustaz dan bukan ustaz pun yang mahu dipanggil ustaz. Di sinilah mungkin terjadi persaingan, kekeliruan, eksploitasi, obsesi dan sebagainya. Kalau dulu keikhlasan para ustaz diuji cara begitu, kini keikhlasan itu teruji dengan cara yang lain.

“Saya cadangkan encik jadi Protaz,” tiba-tiba ustaz itu bersuara. Saya terkejut dalam lamunan atas imbauan lampau yang panjang.
“Protaz?”
“Profesional ustaz. Maksudnya, dia mungkin doktor, jurutera, korporat, malah pilot atau lain-lain golongan profesional tetapi mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.”
“Mempunyai pengetahuan agama yang tinggi atau mempunyai kelulusan agama yang tinggi?”
Kali ini ustaz itu benar-benar berteleku. Dahinya berkerut.
“Saya tak faham. Benar-benar saya tak faham, apa maksud encik?”

“Begini ustaz, ada seorang sahabat saya, seorang akauntan tetapi pengetahuan agamanya tinggi. Hasil dia belajar di masjid, surau atau kelas-kelas pengajian yang tidak formal. Saya dapati tajwidnya fasih, tafsirnya juga mantap, tetapi kalau diikutkan piawaian tadi dia masih dalam kategori encik, bukan ustaz…. Sekarang boleh dia dipanggil Protaz?”
“Bolehlah…” jawab ustaz itu perlahan.
“Bagaimana dengan autoriti diri dan autentik ilmunya?”
“Wah, pening saya,” akui ustaz itu.

“Maaf, sampai ke tahap ini pula perbualan kita. Jika dilanjutkan nanti saya pasti akan melarat-larat kepada takrif ulama, alim, profesional dan lain-lain pula nanti,” ujar saya.
Kami pun berjabat tangan tanda perpisahan.
“Terima kasih ustaz.”
“Terima kasih encik,” balasnya.

Saya masih ingat betapa hebatnya “muzakarah” yang menghampiri medan “mujadalah” antara beberapa cendekiawan dalam majlis forum yang pernah saya hadiri beberapa tahun yang lalu.
“Ulama itu orang yang faham segala ilmu teras dan ilmu alat dalam bidang agama secara terperinci!”
“Ulama itu orang yang takut kepada Allah. Kalau ilmu setinggi langit sekalipun, tetapi tidak ada rasa takutkan Allah, orang itu bukan ulama, ” bidas seorang lagi.
“Apakah tukang sapu yang hanya tahu asas-asas fardu Ain tetapi sangat takutkan Allah, boleh dipanggil ulama?” tanya seorang yang lain.
“Mampukah orang yang hanya ada asas-asas fardu Ain takutkan Allah?”
“Eh, jangan lupa… kisah budak gembala kambing yang diuji oleh Sayidina Umar agar menjualkan kambing tuannya lalu dia menjawab, kalau begitu di mana Allah? Apakah anda hendak nafikan yang budak itu adalah ulama?”

Itulah serang dan tangkis yang saya dengar daripada mulut para ilmuan dan tokoh suatu ketika dahulu. Saya yang “encik” ini akhirnya mengambil sikap tidak mahu campur perkara yang di atas. Saya tidak layak. Namun, sebagai seorang Islam kita tetap terpanggil untuk membuat kebaikan… lalu saya turun ke bawah. Saya tidak banyak tahu jika dibandingkan dengan orang di atas. Tetapi bila saya lihat “di bawah” saya insaf, ilmu saya masih “terlalu” banyak bila dibandingkan dengan kewajipan menyampaikan. Terlalu banyak ayat-ayat yang belum saya sampaikan.

Ah, kekadang (dan sejak akhir-akhir ini sering) saya biarkan sahaja persoalan yang rumit dan kusut. Yang bukan taraf diri dan tahap ilmu saya untuk mengungkainya. Namun entah mengapa sejak akhir-akhir ini, pertikaian, kekhilafan dan perbezaan yang sudah lama disimpan dalam “sampul” sikap lapang dada dan adab ulama silam kini seolah-olah dibongkar kembali. Mungkin ada kewajarannya… kata mereka, kini orang semakin bijak. Dunia semakin terbuka. Namun, sikap berhati-hati dan paling penting – keikhlasan kepada Allah SWT, perlu diutamakan. Ya, mungkin orang sekarang semakin bijak, tetapi hubaya-hubaya kalau hati semakin rosak!

Mudah-mudahan peti khazanah ilmu silam yang beragam dan bermacam itu akan menyerakkan sejuta keharuman bila dibuka kembali dengan hati yang luhur. Dan tidak menjadi seperti “kotak pandora” yang meyebarkan fitnah dan kecelaruan bila dibuka dengan hati yang takbur . Ya, semoga semua pihak, tidak kira ulama, ustaz, alim, protaz, profesional atau sekadar “encik” sama-sama memainkan peranan menegakkan agama. Setiap orang Islam mesti memperjuangkan Islam!
Dikirim dalam Tarbiyah | Label: agama, encik, Islam, protaz, ulama, ustaz

Thursday, May 14, 2009

Teknik Pengucapan Awam

Introspeksi Iman Khas
17 Mac 2009 (Selasa)

Perkongsian mengenai 'Teknik Pengucapan Awam' oleh Saudara Aizat Amiruddin

semoga Allah redha dengan kita..


Friday, May 1, 2009

Mengenang Sheikh Ahmad Yaasin


Sumber : http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama ?Mujamma al-Islam?.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai al-Mujahidun al-Filastiniyun. pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari kalangan orang-orang muda yang dikenali dengan nama Atfal Hijarah (Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah. Kesan dari Intifadah ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar-Bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga kereta-kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Monday, April 27, 2009

Carilah hatimu wahai hamba lemah



Sumber : http://genta-rasa.com/2009/04/07/carilah-hatimu/#more-325

Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati - mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya… kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.

Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu… Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendenganmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah. Bacalah, itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna… Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu ‘menukar’ bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.
Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.

Ingatlah wahai orang yang bermujadahah… tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan…Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

Sunday, April 26, 2009

Kelab Softskills.. Daftar sekarang!


Masih ramai yang tak tahu?atau masih lagi kabur?

Apa sebenarnya ‘softskill club’ ni ye?

Ada yang tanya, bagaimana ingin mendaftar?

Adakah perlu sertai ketiga-tiga unit untuk menjadi ahli?

Mudah sahaja untuk menjadi ahli kelab ni..

Ada 3 unit utama dalam kelab ini, bermaksud sekiranya anda sertai salah satu unit dalam kelab ini, anda telah menjadi ahli kelab yang rasmi.Tapi syaratnya perlulah mendaftar dahulu!

Bakat dan potensi anda adalah mutiara kekuatan Islam.

Minat tapi tak berbakat? Tak mengapa..Inilah masanya untuk ‘develop’ bakat itu
Kembangkan dan sebarkan kebaikannya kepada semua. Juga untuk kepuasan dalam hidup kita kerana telah melakukan sesuatu yang bermakna dan bermanfaat kepada semua!

Hantarkan pendaftaran anda, juga jika terdapat kemusykilan ajukan pertanyaan kepada mereka:

Karyawan Muda
Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak ( saint_saladin@ yahoo.com ; 0776443158)
Ainul Arina Mardhiah (ainulmardhiah_ 89@yahoo. com ; 0779849871)

Orator (Pengucapan Awam, Pidato, Debat, Forum, Deklamasi Puisi & Teater)
Muhammad Naqeb bin Sulaiman ( munaq_89@yahoo. com.my; 0779838950)
Nurul Syafiqah binti Ahmad ( syaliasyafiqa@ yahoo.com; 0776916001)

Kembara
Syaiful Shafizan Bin Sarip (space_odysey87@ yahoo.com. my ;0779837058)
Nur Atiqah Mohd Nazeri (atiq_tasnim@ yahoo.co. uk ; 0779849865)


Tema dan Objektif Penubuhan

1.Karyawan Muda
“ Karya kita untuk ALLAH, tulisan kita merubah ummah”

Mengasah potensi ahli yang berminat untuk menulis

Mendidik ahli untuk menyuntik fikrah islamiyyah di dalam penulisan masing-masing

Melahirkan penulis mapan yang istiqamah dengan penulisan mereka


2.Orator (Pengucapan Awam, Pidato, Debat, Forum, Deklamasi Puisi & Teater)

Melahirkan mahasiswa yang berani tampil ke hadapan untuk menyuarakan pandangan dengan penuh karisama dan berketerampilan

Mewujudkan sifat kepimpinan dalam diri ahli

Mewujudkan suasana pengucapan awam yang baik dan berkesan dalam masyarakat PERMAI

3.Kembara
“Musafir Mencari Pencipta”

Berkongsi pengalaman sepanjang perantauan (spt menghasilkan travelogue dan buku panduan tips-tips mengembara)

Memberi pendedahan kepada ahli tentang cara-cara musafir & pengembaraan mengikut garis panduan islam

Melatih ahli menjadi pengembara muslim yang baik dan pandai mengurus rehlahnya


Terbuka kepada semua warga Irbed PERMAI

JANGAN LEPASKAN PELUANG…Daftarlah segera untuk menjadi ahli kelab ini !


“ Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..”
- As-Syahid Imam Hasan al-Banna -

Friday, April 17, 2009

Abdullah Yusuf Azzam



Sumber : http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=1#more-1

Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan di salah sebuah kampung di Utara Palestin yang dikenali sebagai Selat al-Harithia di daerah Jenin pada tahun 1941. Bapanya bernama Mustaffa yang meninggal dunia setahun selepas pembunuhan anaknya. Ibunya pula bernama Zakia Saleh yang meninggal dunia setahun sebelum Sheikh Abdullah Azzam dibunuh. Ibunya dikebumikan di kem Pabi, di Pakistan.

Beliau dari keluarga yang baik dan amat kuat berpegang dengan ajaran agama Islam. Keluarga beliau amat menyayanginya. Beliau juga amat istimewa berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sewaktu kecil. Ini kerana beliau amat kuat beragama, pintar dan mula menyebarkan dakwah pada usia yang masih muda. Rakan-rakan beliau mengenali beliau sebagai seorang yang warak dan amat disenangi oleh semua. Guru-guru beliau melihat keistimewaan ini sejak beliau di bangku sekolah lagi dan beliau amat disayangi oleh mereka. Beliau menyertai gerakan al-Ikhwan-ul-Muslimin sebelum mencapai usia baligh lagi hasil didikan guru-gurunya yang terlibat dengan gerakan tersebut.

Sheikh Abdullah Azzam telah dikenali kerana ketabahan dan sifat beliau yang serius sejak beliau masih kecil lagi. Beliau menerima pendidikan awal peringkat sekolah rendah dan menengah di kampung beliau sebelum menyambung pelajaran beliau di Kolej Pertanian Khadorri sehingga ke peringkat Diploma. Walaupun beliau merupakan pelajar termuda di kalangan rakan-rakannya yang lain,namun beliau merupakan yang paling pandai dan bijak. Setelah menamatkan pengajian di Kolej Khadorri beliau bekerja sebagai seorang guru di sebuah kampung bernama Adder di Selatan Jordan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Kolej Shariah di Universiti Damsyik sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Shariah pada 1966. Selepas pihak Yahudi menawan Tebing Barat pada tahun 1967, Sheikh Abdullah Azzam berhijrah ke Jordan, kerana beliau tidak mahu tinggal di bawah penjajahan Yahudi di Palestin. Pengalaman melihat kereta-kereta kebal Israel bergerak masuk ke Tebing Barat tanpa apa-apa tentangan meningkatkan azam beliau untuk berhijrah bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk berperang.

Pada lewat 1960-an beliau menyertai Jihad menentang penjajahan Israel di Palestin dari Jordan. Pada ketika itu juga beliau menerima Ijazah Sarjana di dalam bidang Shariah dari Unversiti al-Azhar. Pada tahun 1970 sesudah Jihad terhenti kerana kekuatan PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau menjadi seorang pensyarah di Universiti of Jordan di Amman. Pada tahun 1971 beliau dianugerahkan biasiswa ke Universiti al-Azhar di Kaherah di mana beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Usul al-Fiqh pada 1973. Ketika di Mesir beliau telah berkenalan dengan keluarga Syed Qutb.

Sesudah kepulangannya ke Jordan beliau telah berhijrah ke Arab Saudi untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di sana. Pada tahun 1979 beliau meninggalkan universiti tersebut untuk berpindah ke Pakistan agar berada hampir dengan suasana Jihad di Afghanistan. Di sana juga beliau mengenali pemimpin-pemimpin Jihad. Semasa mula-mula tiba di Pakistan beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad. Selepas beberapa ketika beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari tugas mengajar di universiti untuk menumpukan keseluruhan masa dan tenaga beliau kepada usaha Jihad di Afghanistan.

Sikap dan pemikiran Abdullah Azzam banyak dipengaruhi oleh suasana Jihad di Afghanistan. Lebih menarik lagi suasana jihad di Afghanistan juga sangat banyak dipengaruhi oleh pemikiran beliau semenjak beliau menumpukan seluruh masanya untuk berjihad. Beliau menjadi seorang yang disegani di medan jihad Afghanistan dan juga di kalangan para pemimpin Afghan sendiri. Beliau telah mencurahkan seluruh daya usahanya untuk menyebarkan dan memahamkan isu jihad di Afghanistan kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Beliau mengubah pandangan umat Islam tentang Jihad di Afghanistan daripada perjuangan rakyat Afghanistan mempertahankan tanah air mereka semata-mata kepada menyedarkan bahawa Jihad adalah tuntutan Islam yang dipertanggungjawabkan ke atas seluruh umat Islam di serata dunia. Berkat hasil usaha beliau, Allah S.W.T. telah menjadikan Jihad I Afghanistan sebagai satu Jihad universal yang disertai oleh ramai umat Islam dari serata pelusuk dunia.

Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam tunggak dan symbol pergerakan Jihad zaman ini. Melalui usaha beliau menyertai jihad ini, menyebarkan dan memahamkannya kepada umat Islam menjadikan beliau berjaya mengubah pemikiran umat Islam tentang jihad dan keperluan ummat ini kepada jihad. Beliau menjadi ikon generasi muda yang menyahut seruan jihad. Beliau sangat menghargai Jihad dan amat menekankan keperluan Ummah Islam kepada jihad. Pernah beliau berkata, ‘Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun, 7 setengah tahun di Jihad Afghan, 1 setengah tahun di Jihad Palestin dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa.’

Beliau juga melatih ahli keluarganya dengan kefahaman dan semangat yang sama. Isteri beliau contohnya, terlibat dengan penjagaan anak-anak yatim dan lain-lain kerja kebajikan di Afghanistan. Beliau sendiri menolak jawatan pensyarah dari beberapa buah universiti sambil berikrar bahawa beliau tidak akan meninggalkan jihad sehingga beliau gugur Syahid. Beliau juga selalu mengatakan bahawa matlamat utama beliau adalah untuk membebaskan Palestin selepas berjaya memerdekakan Afghanistan. Tentu sekali komitmennya yang sebegitu tinggi ini menimbulkan keresahan di kalangan musuh-musuh Islam. Akhirnya mereka bersekongkol untuk membunuh beliau. Pada tahun 1989, sebuah periuk api anti kereta kebal telah diletakkan di bawah mimbar yang beliau gunakan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Bahan letupan tersebut adalah sangat merbahaya dan sekira meletup akan memusnahkan masjid tersebut bersama-sama dengan segala-gala benda dan para jemaah di dalamnya. Tetapi dengan perlindungan Allah, periuk-api tersebut tidak meletup dan ratusan orang Islam terselamat.

Musuh-musuh Islam ini terus berusaha tanpa putus asa. Pada hari Jumaat, 24 November 1989 di Peshawar, Pakistan, tiga buah bom telah dipasang di sebatang jalan yang sempit yang sering diambil oleh Abdullah Azzam untuk ke masjid pada hari Jumaat. Beliau meletak kereta di kedudukan bom pertama dan kemudian berjalan ke masjid untuk bersolat Jumaat. Beliau telah terbunuh dan gugur syahid bersama-sama dengan dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani (seorang lagi perwira di Afghan) dengan 20kg TNT (Dinamit) yang diletupkan dengan alat kawalan jauh. Selepas letupan yang kuat itu itu orang ramai keluar beramai-ramai dari masjid dan kelihatanlah satu keadaan yang mengerikan. Hanya bahagian kecil dari kereta tersebut yang kelihatan. Anak beliau, Ibrahim, melambung 100 meter; begitu juga dengan dua orang anak-anak lagi. Cebisan mayat mereka berteraburan di atas pokok-pokok dan wayar-wayar elektrik. Tubuh Sheikh Abdullah Azzam pula telah dijumpai bersandar pada sebuah tembok, dalam keadaan sempurna, tiada luka atau kecederaan walau sedikitpun melainkan sedikit darah yang mengalir dari bibir beliau. Begitulah tamatnya kehidupan seorang Mujahid di dunia ini dan insha-Allah menyambung pula kehidupannya di sisi Allah. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Pabi di mana beliau menyertai ribuan para Shuhada.

Di antara usaha terbesar beliau di medan jihad Afghanistan ialah penyatuan pihak-pihak pejuang Afghanistan dari pelbagai latar belakang untuk menentang Russia. Orang-orang Afghan yang sememangnya dikenali dengan kekerasan dan perpecahan di kalangan mereka telah berjaya disatukan oleh Abdullah Azzam di bawah satu panji jihad. Sayangnya, selepas beliau syahid, dan selepas Afghanistan berjaya mencapai kemerdekaan dari penjajahan Russia, puak-puak pejuang Afghanistan kembali berpecah dan berperang sesama sendiri.

Beliau juga berjasa dalam menubuhkan briged jihad mujahidin Arab yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk bersama-sama dengan saudara Afghan mereka menentang Russia. Para mujahidin Arab ini telah dididik dan dilatih di kem mereka yang tersendiri. Di antara graduan dari kem tersebut ialah Usamah Ben Laden yang telah bertindak sebagai ketua para mujahidin Arab selepas kematian Abdullah Azzam. Kem ini kemudiannya dijadikan sebagai kem latihan para mujahidin dan pejuang Islam yang ingin berjuang di mana-mana bumi umat Islam yang meletusnya jihad. Sehinggalah ianya dimusnahkan oleh Amerika Syarikat sewaktu terletusnya perang Afghanistan 2001.

Yang pastinya, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, nama beliau akan tetap dikenang sebagai orang yang bertanggung jawab menimbulkan semula kecintaan umat Islam di serata dunia terhadap fardhu jihad yang semakin dilupakan sebelum peperangan Afgahnistan.

Saturday, April 4, 2009

Rahsia Penulisan

Introspeksi Iman Khas
10 Mac 2009 ( Selasa)

Perkongsian mengenai 'Rahsia Penulisan' oleh Hilal Asyraf



PERHATIAN UNTUK SEMUA SYABAB!!

Pada setiap Selasa malam, Introspeksi Iman kita akan membicarakan mengenai softskill yang akan dikendalikan oleh Unit Softskill JKK Pembangunan Minda dan Kendiri PERMAI.

Anda semua dijemput hadir..

the VEIL

best nie..

Wednesday, April 1, 2009

Mahasiswa ISLAM vs mahasiswa biasa


Sumber : http://www.e-ppms.org/index.php?option=com_content&task=view&id=769&Itemid=37


Mahasiswa merupakan segolongan ahli masyarakat yang diberi peluang oleh Allah swt untuk meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. Ia juga merupakan sekumpulan masyarakat yang kecil di dalam sesebuah IPT. Dikalangan mahasiswa sendiri terdapat pelbagai golongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ini sebenarnya memberi peluang kepada mahasiswa itu sendiri untuk mempelajari bagaimana untuk mempelajari cara berhadapan atau bergaul dengan pelbagai jenis manusia.
Walau bagaimanapun, di mana-mana IPT, mahasiswa dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Di antara ‘lebalan’ yang pernah didengari dan diberikan kepada mahasiswa adalah seperti ‘mahasiswa lesu’, ‘mahasiswa progresif’, ‘mahasiswa sedar’ dan ‘mahasiswa Islam’, Ini hanya di antara contoh-contoh gelaran atau ‘lebalan’ yang diberikan kepada golongan mahasiswa di kampus. Pada tulisan kali ini, ingin saya membawa rakan mahasiswa untuk memahami tentang tanggungjawab sebagai Mahasiswa Islam. Klasifikasi saya berkaitan dengan Mahasiswa Biasa ialah golongan mahasiswa yang tidak dinafikan kesadaran mereka terhadap isu-isu semasa sama ada berkaitan dengan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan segala isu yang berkaitan dengan tanah air tercinta mahu pun isu sejagat seperti isu palestin, kesan rumah hijau dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kesedaran mereka masih belum mencapai tahap di mana mereka mampu dan seterusnya bersama-sama dengan golongan mahasiswa yang optimis dan konsisten dalam usaha melakukan sesuatu untuk merubah sesuatu yang dilihat bertentangan dengan keadilan sejagat, apatah lagi yang bertentangan dengan prinsip Islam walaupun pada masa yang sama mereka sedar tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa iaitu menuntut ilmu (akademik).
Apabila bercakap tentang Mahasiswa Islam, saya merujuk kepada konsep asas pembentukan sebagai individu muslim yang menuntut pengislahan diri sebagai permualaan untuk melakukan pengislahan ke atas keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya. Mahasiswa Islam perlu menyedari bahawa dalam usaha untuk mendaulatkan Islam, ‘batu-bata’ atau tenaga pejuang mestilah kental dan bersedia dari segi intelek, emosi, jasmani dan yang paling penting ialah spiritualnya. Kerana dengan kemantapan dan kedalaman iman di hati Mahasiswa Islam, nescaya mereka dapat mengarungi segala mehnah dan tribulasi yang bakal mereka tempuhi kelak.
Bagaimana hendak memiliki jiwa yang kental dan persediaan yang rapi?
Dalam proses melahirkan Mahasiswa Islam yang sempurna dari segenap aspek, setiap cabang tarbiyyah perlu dititik beratkan agar seimbang dan tidak berat sebelah. Dan sebagai mahasiswa Islam seharusnya sentiasa mengambil berat soal tarbiyyah dan sudah semestinya mengikuti program-program yang telah ditetapkan oleh organisasi. Jangan pula menganggap bahawa program-program tarbiyyah itu sebagai bebanan pada diri Mahasiswa Islam. Sebaliknya, jadikanlah ia sebagai usaha untuk mendekatkan diri kita kepada Kekasih Agung dan seterusnya memohon pada-Nya agar dapat memberikan kekuatan untuk istiqamah dalam perjuangan. Umum mengetahui bahawa perjuangan Islam itu adalah panjang dan memerlukan stamina yang panjang dan oleh kerana itulah, program-program tarbiyyah diatur untuk menyediakan mahasiswa yang benar-benar faham erti perjuangan dan sedia bekorban untuk Islam.
Pasca perjuangan Mahasiswa Islam pada hari ini adalah lebih mencabar. Mahasiswa Islam perlu sedaya-upaya untuk memperkasakan diri dengan kemahiran insaniyyah(softskill) di samping mengikuti program-program tarbiyyah yang ada. Kemahiran berucap, menulis, berhujah dan kemahiran IT perlu ditajamkan oleh setiap Mahasiswa Islam. Kedua-dua aspek tersebut iaitu menghadiri program-program tarbiyyah dan pemerkasaan kemahiran insaniyyah perlulah dilakukan oleh Mahasiswa Islam dalam usaha melahirkan mahasiswa yang berkualiti. Ia sudah semestinya akan digandingkan dengan akademik yang cemerlang. Kepakaran dalam bidang masing-masing harus dinilai dalam konteks ingin mengaplikasikan kepakaran tersebut demi melihat kecemerlangan ummah. Oleh itu, kepakaran mesti diperolehi oleh Mahasiswa Islam. Mahasiswa Islam juga mesti peka dengan isu-isu semasa berkaitan dengan isu umat Islam di luar dan dalam negara serta isu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Kesimpulan
Inilah di antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh Mahasiswa Islam yang agak berbeza dengan Mahasiswa Biasa. ‘Mindset’ perlu ditukar daripada seorang Mahasiswa Biasa kepada seorang Mahasiswa Islam yang sedar akan tanggungjawab besar yang sedang dipikul. Program tarbiyyah wajib dihadiri disamping pemerkasaan kemahiran insaniyyah yang perlu dilakukan oleh Mahasiswa Islam. Juga tidak lupa kepada penguasaan dalam jurusan yang sedang dipelajari oleh setiap Mahasiswa. Semua ini dilakukan tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai persediaan untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Islam yang disalah fahamkan oleh sesetengah pihak mesti perbetulkan. Dakwah Islam mesti diperluaskan dan masyarakat perlu didekati. Semoga Mahasiswa Islam yang diredhai Allah akan lahir disetiap IPTA/s seluruh Malaysia.

Tuesday, March 31, 2009

Sheikh Izzudin Al-Qassam


Sumber : www.pmram.org

Nama Izzudin Al-Qassam sering kita dengari dari corong-corong radio atau kaca televisyen tambahan kebelakangan ini apabila Gaza diserang. Apa yang kita tahu ia adalah nama bagi sebuah briged, sayap kanan kepada HAMAS dan juga nama yang diberikan kepada roket buatan sendiri oleh HAMAS yang gunakan bagi menyerang Israel. Tahukah anda ia merupakan nama seorang ulama’ yang dikurniakan oleh Allah dengan syahid. Siapakah Izzudin Al-Qassam ini ? Apakah kehebatannya hingga menjadi kebanggaan kepada para pejuang Palestin ? Nama beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria. Keluarganya amat berpegang kuat dengan ajaran Islam. Bapanya seorang guru Al-Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafaz Al-Quran. Beliau pernah menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun sekitar tahun 1906. Sewaktu menuntut beliau sempat belajar daripada tokoh terkenal, Syeikh Muhammad Abduh r.anhu dan bersahabat dengan Syeikh Muhammad Rashid Redho. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telah pun gigih melakukan usaha dakwah.
Syeikh Izzuddin Al-Qassam adalah seorang imam, guru dan juga syeikh bagi Tariqat As-Syazuliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Beliau menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk menerangkan kepada umat bahawa tugasnya bukan sekadar asas-asas agama Islam semata-mata tetapi juga menerangkan setiap isu yang menyentuh kepentingan umat dan negara dari sudut pandangan Islam. Kepimpinannya telah menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada Islam. Pentarbiyahan beliau telah berjaya merubah pemikiran masyarakat. Beliau juga berjaya mempamerkan kepada masyarakat makna tariqat dan tasawuf sebenarnya bahkan wirid dan ajaran tasawufnya telah berjaya menguatkan rohaninya menentang kemungkaran. Beliau juga telah menolak salah tanggap masyarakat Islam kepada tasawuf dan tariqat yang menganggap golongan tariqat dan tasawuf ini hanya duduk di masjid atau atas sejadah sambil membaca ratib tanpa mengambil tahu keadaan umat Islam.
Ketika Perancis menjajah negara Syria, beliau juga turut ikut serta dalam memerangi penjajah. Antara usahanya ialah dengan menjual rumahnya lalu membeli 34 pucuk senjata sebagai persediaan bagi menentang penjajah. Namun, perjuangan suci Syeikh Izzuddin dikhianati oleh revolusi pimpinan Ibrahim Hanano yang menyerahkan Syria kepada penjajah dan menangkap para pejuang. Revolusi tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920. Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau hanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lain perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haram Yahudi yang semakin bertambah ramai di bumi Palestin.
Syeikh Izzuddin Al-Qassam berhijrah ke Palestin kerana beliau amat memahami rancangan jahat Yahudi yang dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Swizland pada 29 hingga 30 Ogos tahun 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negara kebangsaan untuk masyarakat Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatan sulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya dan British khususnya.
Di Haifa beliau tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiat dengan aktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An-Nasr. Kemudiannya berpindah tugas di Masjid Al-Istiqlal iaitu masjid terbesar ketika itu. Pada tahun 1927 beliau mendirikan pejabat cawangan Jam’iyah Asy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan Pemuda Muslim) di Kota Haifa dan bertindak sebagai pemimpinnya.
Beliau mengajak para warga Arab Palestin berbincang mengenai ancaman Yahudi ini walaupun sebahagian mereka mempunyai pendapat yang ganjil. Ini kerana ada antara mereka yang berpandangan bahawa cukup untuk menghadapi Yahudi dengan demonstrasi atau dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untuk mencari jalan penyelesaian. Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali mereka, membina serta melatih organisasi dan mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan. Dalam tempoh tujuh tahun itu juga beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah, pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariat dan ketua pergerakan. Hubungan baik beliau dengan segenap lapisan masyarakat juga telah mengizinkan beliau memiliki dana kewangan yang kukuh.
Operasi pertamanya adalah menyerang perkampungan Yahudi Nahlal di kawasan Marj Amir. Hasilnya, ketua penjara Haifa terbunuh. Tentera Inggeris mengumumkan akan memberi hadiah 500 poundsterling bagi sesiapa yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkap atau terbunuhnya Syeikh Izzuddin. Beliau bijak melepasi buruan pasukan Inggeris. Hingga anak perempuannya yang bernama Maimunah sempat memintanya untuk ‘membuat gencatan senjata’ dan seterusnya diganti dengan cara perdamaian saja. Syeikh Izzuddin lantas marah sambil berkata, “Diamlah wahai Maimunah! Tidaklah kemuliaan tercapai dan tercabut dari segala penderitaan kecuali melalui titisan darah.”
Sementara itu, di kawasan Nashirah, Syeikh Izzuddin dan pasukannya berjaya membunuh 11 orang Yahudi. Kemarahan Inggeris terhadapnya semakin meningkat dan pelbagai operasi telah dilancarkan untuk menghentikan jihadnya tapi tetap menemui kegagalan.
Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur. Dalam penyerangan tersebut tiga orang tentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan Syeikh Izzuddin Al-Qassam meneruskan penyerangannya dan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan. Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak menyempitkan ruang geraknya di Haifa, maka Syeikh Izzuddin bersama enam orang sahabat karibnya berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935. Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200 orang. Dari jumlah tersebut beliau membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorang daripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah bilangannya dan mencapai keanggotaan seramai 800 orang. Setiap unit yang asalnya terdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.
Rancangan berjalan sebagaimana yang diharapkan. Di tahun 1935, Syeikh Izzuddin dalam usianya yang telah mencapai 60 tahun keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelah meninggalkan pakaian tokoh agama. Beliau mengumpulkan anggota keluarganya lantas memberitahu niatnya dan menjanjikan untuk berjumpa di syurga.
Pada pagi Rabu tanggal 20 November 1935 bertempat di Kota Ashrasy Ya’bad, Kota Jenin, Palestin terjadilah pertempuran atau peperangan yang tidak seimbang antara ratusan pasukan Inggeris yang bersenjatakan lengkap dengan bantuan helikopter serta pesawat menggempur sepuluh orang mujahidin pimpinan Syeikh Izzuddin dengan sebarang kekurangan dari segi persenjataan. Dalam tragedi yang penuh menyayat hati itu, Syeikh Izzuddin Al-Qassam memerintahkan pasukannya untuk memilih mati syahid daripada berundur, ketika mana para mujahidin telah dikepung oleh pasukan Inggeris itu. Akhirnya Syeikh Izzuddin Al-Qassam bersama sembilan orang pasukannya meraih kematian yang dimuliakan dan menjadi cita-cita seorang mujahid iaitu syahid yang menjemputnya menemui Tuhannya. Dalam poket baju Syeikh Izzuddin terselit mashaf Al-Quran yang menjadi sumber inspirasi seorang muslim.
Umat Islam di Palestin dan seluruh dunia melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah As-Syahid Izzudin Al-Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan pencintanya ke perkuburan di kampungnya. Gugurnya beliau telah mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan bantahan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi Palestin.
Puluhan tahun telah berlalu hingga waktu ini. Persoalan yang perlu kita tanya, di mana musuh-musuh yang memusuhi perjuangan Syeikh Izzuddin? Di mana mereka yang membunuh Syeikh Izzuddin dan teman-temannya? Mereka hanya mampu membunuh jasad Syeikh Izzuddin tapi gagal mematikan roh perjuangan beliau dan teman-teman yang lain. Di manakah pula Syeikh Izzuddin dan teman-temannya berada sekarang? Tanpa syak dan ragu-ragu, dengan penuh keimanan kepada Allah dan ayat suci-Nya dalam kitab Al-Quran yang kita imani bahawa orang-rorang yang mati syahid tidak mati bahkan mereka hidup di sisi Allah s.w.t malahan diberikan rezeki. Alangkah bertuahnya Syeikh Izzuddin dan teman-temannya kini dalam rahmat Allah, sementara merana dan sengsara pula musuh-musuh mereka diazab oleh Allah.
Jasa Syeikh Izzuddin Al-Qassam sentiasa dikenang oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin. Nama beliau diabadikan oleh HAMAS dengan menamakan sayap ketenteraannya serta pada senjata dan bendera mereka. Mari sama-sama kita sedehkan al-Fatihah kepada beliau serta teman-teman beliau yang lain. Semoga kita semua akan dihimpunkan di akhirat kelak bersama-sama beliau serta syuhada’ yang lain. Amin.

Saturday, March 28, 2009

Cara-cara praktikal menyokong Ghazza




Sumber : http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=2165#more-2165

Apabila menyaksikan peristiwa dan gambar-gambar berdarah di bumi Palestin saya teringat pada sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Thawab r.a: “Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?”
Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati“. (Abu Dawud)
Segera muncul di ruang ingatan saya bahawa Umat Islam di seluruh pelosok dunia hidup dengan jiwa dan perasaan yang sentiasa ingat pada saudara mereka di Palestin, Iraq dan Afghanistan; bahawa Jihad bererti melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh; dan bahawa terdapat pelbagai bentuk Jihad. Kita harus segera melakukan segala yang termampu. Kita mesti mengurangkan jumlah makanan yang diambil supaya kita dapat menderma kepada Palestin dengan membekalkan mereka dengan bantuan, keperluan dan makanan. Jangan sesekali kita lupa bahawa sesiapa yang membantu seorang Mujahid mendapat pahala yang sama (seperti sang Mujahid itu)
Kita harus memberi saudara kita di Palestin, Iraq dan Afghnistan serta di semua tempat di mana pejuang Islam sedang berlawan dan mempertahankan tanah air daripada musuh, segala keperluan yang diperlukan oleh mereka. Allah s.w.t berfirman bahawa Jihad boleh dilakukan dengan wang dan jiwa:
(Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya) (As-Saff 61:10-11)
Berikut adalah beberapa cara kita boleh menyokong saudara saudari kita di Palestin dan negara-negara lain di mana wujudnya konflik antara yang haq dan batil:
Menyokong mereka dengan Keimanan
Kita boleh berdoa untuk kemenangan dan kekuasaan, kecekalan dan keberaniaan. Ini perkara yang paling mudah untuk kita lakukan untuk mereka. Jangan sesekali memandang rendah pada kuasa Doa. Ia merupakan senjata mukmin yang paling berkesan. Firman Allah: Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina (Ghafir 40:60 ) dan ia bukanlah di luar kuasa Allah untuk membalas perbuatan mereka dan menghalang perbuatan kejam dan perancangan jahat mereka.
Menyokong dengan bantuan kewangan
Kita boleh menyumbang wang ringgit kepada mereka melalui sumber yang selamat dan dipercayai. Saya tidak dapat melupakan saat ‘sindiket doktor’ di Mesir mengumumkan’ Kempen Satu Bilion Dolar” untuk menyokong Palestin pada suatu malam. Hanya dalam masa tiga jam selepas itu, 7.5 milion berjaya dikutip diantaranya daripada beberapa orang wanita yang mendermakan barang kemas dan para remaja yang sanggup menyerahkan telefon bimbit. Umat ini masih hidup! Ia tidak mati seperti sangkaan sesetengah pihak.
Menyokong dengan bantuan Perubatan
Kita boleh menyumbang bekalan perubatan yang diperlukan dan tenaga doktor yang berpengalaman untuk merawat dan menjaga mangsa yang cedera serta membantu mereka dengan segala yang diperlukan dalam bidang ini.
Menyokong dengan bantuan Makanan
Kita boleh membekalkan makanan dan minuman yang diperlukan oleh mereka dan keluarga mereka yang terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas diserang oleh penjenayah Israel. Kita harus memberikan makanan agar mereka dapat meneruskan jihad mereka.
Menyokong dengan bantuan Teknikal
Jika dibenarkan, kita boleh menghantar pakar teknikal dan memberikan segala yang kita miliki dalam bidang teknikal supaya mereka dapat melawan Israel dan menghentikan operasi ketenteraan mereka.
Menyokong mereka melalui Media
Kita boleh memberikan ‘suara’ kepada perjuangan mereka dan melaksanakan tanggungjawab menyebarkan kesedaran tentang realiti peperangan yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita mesti tunjukkan kepada dunia betapa dahsyatnya kehancuran yang mereka lakukan dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita. Perang media amat hebat dan ada yang menang dan kalah. Semua professional media-audio,visual,penulisan dan eletronik-harus berjihad dengan cara ini: jihad media.
Menyokong dengan bantuan Mujahidden, jika ada
Sewaktu sempadan antara kita dan Palestin di buka, para Mujahideen memasuki Palestin melalui Syria, Mesir, Iraq dan tempat-tempat lain. Ada yang datang dari Algeria untuk berjihad di Palestin.
Berikan sokong moral
Jika sempadan ditutup, orang ramai mesti menunjukkan kemarahan mereka melalui pelbagai saluran yang ada seperti demonstrasi dan protes yang menyeru kepada mereka yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk bangun dan membela mereka yang telah dizalimi; untuk menghentikan serangan ini. Akan tetapi demonstrasi besar-besaran mestilah menyampaikan permasalahan yang sebenar. Ia sepatutnya memberikan impak yang positif dan gambaran sebenar tentang hubungan antara siapa yang menakluk dan yang ditakluk, yang menyerang dan yang diserang, yang menzalimi dan dizalimi, yang sakit dan sumber kesakitan tersebut. Gerakan yang tidak bersenjata – yang bukan menidakkan serangan bersenjata di negara-negara yang diserang- banyak. Ia amat penting dalam menyedarkan Umat dan menyampaikan mesej, di samping meningkatkan bentuk protes agar sesuai dengan keadaan semasa.
Mendidik dan membesarkan anak-anak kita dengan Keimanan kepada Allah dan Cintakan Jihad
Ini adalah beberapa cara agar Ummah dapat mengembalikan semula kekuatan dahulu yang telah berjaya dilemahkan oleh musuh. Mereka berjaya membekukan pembangunan senjata dalam tentera, menghentikan pembuatan senjata, dan membahagikan kita kepada wilayah-wilayah asing yang terpisah dan hidup sendirian.
Kita mesti ingat bahawa sesiapa yang berdiri di medan perang memerlukan tujuh lagi di belakangnya, jadi kita harus melaksanakan tanggungjawab terhadap para Mujahideen dengan mengumpul dan membekalkan segala keperluan yang dibutuhkan oleh rakyat Palestin, dan memerhatikan keperluan seperti vaksin dan ubat-ubatan. Jihad ini banyak caranya dan sangat luas medannya. Allah menerima segala yang diberikan oleh setiap hambaNya.
Sesiapa yang lemah dan meninggalkan saudara seIslamnya perlu ingat akan pesan Rasulullah saw: “Akan ada perkara yang kamu tahu kemudian kamu membelakanginya. Mereka bertanya: Oleh itu apa yang harus kami lakukan, Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tunaikan tanggungjawab kamu dan mintalah daripada Allah akan apa yang (sepatutnya) menjadi milik kamu” (Ahmad).
Oleh itu semangat orang Islam mesti kuat dan tinggi, sedar akan kewujudan Allah setiap masa, dan lakukan segala yang mampu dilakukannya.
Saya menasihati diri saya, saudara dan saudari, serta anak-anak untuk terus memegang pada harapan, dan meninggalkan putus asa. Putus asa tidak wujud dalam kamus hidup seorang Muslim. Islam telah mengajar kepada kita bahawa: “Jika datang Hari Kiamat dan di tangan salah seorang daripada kamu ada biji tamar, tanamlah ia.” (Al-Albani). Inilah agama kita dan inilah kefahaman kita
Akhir kata, tiada cara untuk terus bertahan melainkan dengan Jihad. Dalam konteks ini, Rasulullah saw telah bersabda: “Tiada orang yang berhenti berjihad melainkan mereka dihina”. Israel menunggu pejuang Palestin meletakkan senjata, inilah satu-satunya harapan mereka. Selagi masih ada tawanan perang yang terdiri daripada wanita kita, anak-anak dan orang tua didalam penjara Israel, Jihad tidak boleh berhenti sehingga kita semua bebas!
—————————
Dr. Ahmed Al-`Assal Al-Muwallid,ialah seorang Dai’e terkenal yang berasal dari Mesir dan konsultan di Universiti Islam Islamaban, Pakistan. Dia memilki PhD dalam bidang Usul Fiqh dan pengkhususan dalam bidang kebudayaan Islam, serta seorang pakar dalam membuat silibus-silibus Islamik. Beliau telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam.

Sunday, March 22, 2009

Sultan Abdul Hamid II dan kejatuhan Khilafah ISLAM.


Sumber : http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=137#more-137

Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September 1842. Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Dia adalah anak kepada Sultan Abdul Majeed (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Persia dan dia telah belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah, Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.
Pada 31hb. Ogos 1876 (1293H), Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi Khalifah. Ummah memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah.


Abdul Hameed seorang sejarawan yang sentiasa merenung secara mendalam sejarah silam. Dia telah diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam tulisan dan sajak. Di sini adalah contoh sajak tulisannya, yang telah diambil daripada buku “Ayahku Abdul Hameed”, tulisan anak perempuannya, Aishah.


Terjemahan sajaknya,“Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz) dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa, Engkau Yang Mana Esa dan tiada yang lain ôYa Tuhanku pimpinlah aku dalam kepayahan ini Ya Tuhanku jadilah penolongku dalam masa yang genting ini”.


Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi adalah Midhat Pasha, Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran bapa saudaranya. Semasa Abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri, kerana Midhat Pasha sangat dikenali pada masa itu. Abdul Hameed perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik tetapi dia keras kepala. Midhat telah disokong oleh golongan yang berpengaruh dalam Majlis Syura. Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya dalam meluluskan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka. Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan. Tetapi mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kerugian disebabkan daripada peperangan yang tidak dijangkakan ini (miscalculated wars). Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut, Daulah Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan.Seterusnya Abdul Hameed boleh menggunakan perbezaan di antara dia dengan Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu Midhat dan Midhat telah dibuang negeri ke Eropah. Ummah dan ahli politik menyambut baik langkah itu.


Seterusnya Abdul Hamid beralih kepada musuh luar negara Daulah Islam Uthmaniah. Dia telah mampu untuk meramalkan revolusi komunis di Russia, dan ianya akan membuatkan Russia lebih kuat dan lebih merbahaya. Pada masa itu negeri-negeri Balkan adalah sebahagian daripada Daulah Islam Uthmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya, Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba untuk mengejutkan negeri Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahay a bakal dihadapi. Dia cuba untuk membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan, tetapi bila perjanjian mencapai peringkat akhir, empat negeri Balkan mengambil keputusan yang berasingan dan menolak Daulah Islam Uthmaniah.


Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia. Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ianya melibatkan dalaman dan luaran. Pada sangkaannya selepas menyingkirkan Midhat Pasha dan orang-orangnya sama sekali tetapi dia berhadapan pula dengan Awni Pasha, Ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam ) dan juga salah seorang Ketua Tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah daripada Inggeris dan peranannya dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed.


Awni Pasha cuba memaksa Daulah Islam Uthmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan kehendak Abdul Ha meed. Abdul Hameed mengetahui jika peperangan berlaku; Russia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro, Itali dan Perancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas.


Awni Pasha telah memberi maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa ada 200,000 askar yang bersiap sedia. Tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan daripada Jeneral yang lain dan mendapati hanya ada 30,000 askar, untuk menghadapi lebih 300,000 askar. Pada masa itu, Ummah menyukai Awni dan Abdul Hmeed tidak boleh menyingkirkannya daripada jawatan kerana itu akan membahayakan kestabilan dalaman Daulah Islamiah.


Kuasa-kuasa Barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi kerajaan Uthmaniah dengan sokongan daripada empat Negara Balkan (Romania, Serbia, Montenegro, Austria-Hungari). Keputusannya, Bosnia dan Greece terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah.


Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummah menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap dakwaan-dakwaan di dalam komplot menentang Daulah Islam Uthmaniah dan membantu kuasa luar seperti England.
Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) dilihat sebagai paling utama. Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya tidak ketinggalan juga Yahudi. Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang kepada Abdul Hameed, mereka menawarkan kepadanya:


1. Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah.


2. Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah.


3. 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam Uthmaniah.


Sebagai tukarannya:


1. Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu “untuk melawa t tempat-tempat suci”


2. Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Jerusalem.


Abdul Hameed enggan, walaupun untuk berjumpa dengan mereka, dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:-
“Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan, perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Jerusalem menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Alkhattab mengambil bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka, pemerintah Othmaniah tidak akan berlindung didalam istana yang dibuat dengan duit musuh-musuh Islam. Dia juga menberitahu mereka supaya pergi dan jangan datang semula untuk berjumpa dengannya.”


Dengan penyertaan Yahudi dan Zionis dalam perlawanan itu menjadikan set perlawanan tersebut lengkap, dan penyertaan terakhir negara Uthmaniah telah hampir bermula. Wang Yahudi adalah satu aset yang penting untuk membiayai penghapusan Daulah Islam Uthmaniah bagi menubuhkan negara Zionis di Palestin iaitu negara yang sangat dikehendaki oleh Yahudi, walau apa juapun risiko yang akan mereka hadapi.


Yahudi tidak berputus asa dengan Abdul Hameed, dalam tahun yang sama, iaitu 1901, pengasas pergerakan Zionis, Theodor Hertzil, telah mengunjungi Istanbul dan cuba untuk bertemu Abdul Hameed. Abdul Hameed enggan untuk berjumpa dengannya dan memberitahu Ketua Majlis Menteri;


“Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam, Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Islamiah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup” .


Selepas itu, Yahudi beralih kepada British untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. British dan Perancis telah bersedia untuk menamatkan Daulah Islam Uthmaniah, tetapi istilah ‘Jihad’ masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh Eropah menggeletar. Eropah masih gerun terhadap Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah).


British telah memutuskan untuk mengunakan polisi luarnya yang terpenting, “Pecah dan Kuasai”. Dia menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda. Apabila Turki Muda dan Arab Muda menjadi kuat di dalam Daulah Is lam Uthmaniah, Britain tidak perlu berbuat apa-apa lagi, Turki Muda akan melakukan seterusnya. Mereka memulakan arus kebangsaan dan prasangka dikalangan warga Turki di dalam Daulah Islamiah. Sebagai tindakbalasnya bangsa Arab, Armenia, Kurdish dan lain lain bangsa membina jenama kebangsaan mereka sendiri. Masyarakat mula merasai sebahagian daripada bangsa mereka bukan sebahagian daripada negara, dan ini merupakan detik-detik berakhirnya Negara Islam.
Selepas itu dalam Perang Dunia Pertama, Negara-negara Arab berpakat dengan British dan Perancis menentang Daulah Islam Uthmaniah. Mereka kemudiannya dikhianati oleh British dan Perancis dan kemudiannya ditakluki.


Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan di dalam negaranya, dia telah membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada umum seperti pasar Hamedi, Alzin di Damascus. Dia juga membina banyak masjid, tempat mandi umum, pasar-pasar dan hospital-hospital di Kairo, Damascus, Sana, Baghdad dan bandaraya-bandaraya Islam yang lain. Dia juga memajukan sistem pendidikan. Kerajaan Uthmaniah cuba untuk meniru sistem pendidikan Eropah tetapi gagal, kecuali dalam dua bidang iaitu perubatan dan ketenteraan. Tentera Uthmaniah tidak selemah seperti yang difikirkan oleh masyarakat sekarang. Pasukan meriam Uthmaniah adalah yang terkuat di dunia. Angkatan Laut Uthmaniah terurus dengan baik dan di tempat ketiga yang terkuat selepas Inggeris dan Perancis.


Banyak industri seperti pembuatan senjata, tenunan dan gula diwujudkan. Sistem jalan raya diperbaharui dan pelabuhan diperbesarkan. Banyak akhbar diwujudkan dan sebelum Perang Dunia Pertama; Mesir, Iraq dan Syria mempunyai lebih 1300 khabar dan majalah. Dalam sedikit masa sahaja ia memperlihatkan seperti Orang Sakit Eropah akan bangun akhirnya, tetapi sekutu-sekutu Barat memastikan Kesatuan Islam hancur dengan tanpa mengira kosnya. Minoriti Non-muslim dalam negara Uthmaniah digunakan oleh Barat untuk membuat kacau dan mewujudkan ketidakstabilan, terutamanya warga Kristian. Negara-negara Barat sering masuk campur kedalam polisi dalaman negeri Uthmaniah atas alasan “Melindungi minoriti Kristian”. Barat juga menganjurkan ceramah Kristian dalam dunia Islam dengan membina sekolah Kristian dan Gereja. Matlamatnya adalah menarik orang-orang Islam jauh dari Islam dan menyebarkan idea-idea dan tabiat sosial yang tidak Islamik. Banyak akhbar diterbitkan untuk tujuan yang sama,iaitu untuk meracuni pemikiran orang-orang Islam dan mengembangkan idea-idea yang rosak dan konsep-konsep yang salah dikalangan mereka. Barat juga mahu membuatkan negara Uthmaniah sibuk oleh itu sekali lagi ia memperalatkan golongan minoriti.


Barat menggalakkan dan membiayai revolusi penentangan Armenia terhadap negara Uthmaniah. England membantu Druz dan Perancis membantu Mauritania di Lubnan dan kedua-duanya terlibat dalam pertempuran yang besar dan ia diselesaikan dengan campurtangan tentera Uthmaniah. Sem akin banyak masalah di antara orang-orang Islam dan Kristian berlaku, dan terdapat ketika di mana penduduk Islam di Damascus hampir menghapuskan penduduk Kristian di Bandaraya itu. Tentera Uthmaniah campurtangan pada saat-saat akhir dan mengelakkan pembunuhan beramai-ramai berlaku.


Era ini adalah pertempuran antara konspirasi Barat dan pertahanan tentera Abdul Hameed bersama orang-orang Islam yang setia-taat. Pekara penting yang perlu dinyatakan adalah hutang negara Uthmaniah, semasa Abdul Hameed mula berkuasa adalah 2528 juta Lira emas. Semasa dia disingkirkan daripada berkuasa, hutang negara hanya tinggal 106 juta Lira emas. Ini bermakna, dia telah mengurangkan hutang kepada 1/20 daripada nilai asalnya.


Turki Muda yang mengambilalih kuasa selepasnya, menaikkan semula kepada 1300%. Pencapaian Abdul Hameed seperti ini mungkin memberikan gambaran bahawa dia tidak boleh membelanjakan untuk pembangunan, tetapi ianya tidak benar. Abdul Hameed mewujudkan talian faxsimili diantara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki. Dia kemudian menghubungkan talian dengan Iran dan India. Dia berjaya mendapat pulangan modal projek hanya dalam masa dua tahun saja. Ini adalah disebabkan penggunaan secara meluas talian ini oleh mereka yang mengerjakan haji.


Abdul Hameed menyedari bahawa hanya satu harapan untuk orang-orang Islam iaitu dengan membentuk Kesatuan Islam yang kuat. Abdul Hameed melihat Barat akan cuba memisahkan negara Islam dan berurusan dengan setiap bahagian secara berasingan. Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah melalui Kesatuan Islam. Abdul Hameed membuat keputusan untuk memperkenalkan kekhalifahan Uthmaniah sebagai pemimpin dunia Islam.
Abdul Hameed telah mampu untuk menyentuh dan memberi kesan kepada orang-orang Islam di India dan Pakistan dan dia menyebabkan banyak masalah kepada British di kawasan tersebut. Keputusan yang sama diperolehi terhadap orang-orang Islam di Russia dan di selatan Re publik USSR. Abdul Hameed juga menggunakan orang-orang Islam untuk menekan Russia pada ketika itu, Abdul Hameed mennyatakan dalam diarinya yang dia merasakan dinding jatuh ke atas dirinya dan dia berasa keseorangan dan dia tidak mampu untuk memerangi musuh-musuh negara Islam berseorangan. Dia kemudian memulakan pakatan dengan Jerman, tetapi ianya sangat jelas menampakkan ketidakcekapan kerana Jerman juga mahukan sebahagian dari Daulah Uthmaniah. Sultan Abdul Hameed merasakan pada masa itu, peperangan besar semakin hampir. Dan adalah jelas bahawa perpecahan Daulah Uthmaniah adalah disebabkan pertelingkahan itu. Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar yang boleh mengejutkan perasaan Kesatuan Islam di dalam kalbu orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Abdul Hameed mencari-cari dan akhirnya membuat keputusan untuk mewujudkan landasan keretapi Hijaz (1900) iaitu dari Damascus ke Madinah dan Aqabah ke Maan yang menjadi simbol Kesatuan Islam. Pembiayaan landasan keretapi terbayar dalam masa beberapa tahun dan ia berfungsi sebagai alat yang utama untuk menghubungkan bahagian-bahagian daripada Daulah Islam, ia juga digunakan sebagai laluan pantas untuk pengangkutan dan menyebarkan (deploy) unit ketenteraan. Abdul Hameed juga melancarkan kempen untuk menyebarkan idea Kesatuan Islam dan menyokong Islam di Selatan Russia, India, Pakistan dan Afrika. Dia mula menjemput banyak Ulama Islam dari Indonesia, Afrika, dan India ke Daulah Uthmaniah, dan dia mewujudkan program untuk membina masjid dan institusi-institusi Islam di seluruh dunia Islam.


Taring-taring Barat bertindakbalas dengan cepat dan menggalakkan Teluk Tunisia untuk memberontak terhadap Daulah Uthmaniah dalam tahun 1877 dan pemberontakan telah berlaku. Pada tahun 1881, Perancis menduduki Tunisia, pada tahun 1882, Britain pula menduduki Mesir, kemudian Belanda menakluki Indonesia, Russia menakluki Asia Tengah, Britain pula mengembangkan penguasaan ke India dan Sudan. Ia memperlihatkan sepe rti Barat sedang memecahkan dunia Islam.


Akhirnya, pada hari Selasa 27hb. April 1909, 240 ahli senat Uthmaniah bersetuju dibawah tekanan Turki Muda Kebangsaan (National Youth Turks) untuk menyingkirkan Abdul Hameed daripada kuasa. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali menulis fatwa penyingkiran itu. Senat Uthmaniah pula mengesahkan penyingkiran itu. Ini adalah terjemahan fatwa itu:
“Imam orang-orang Islam menangani isu-isu agama yang penting daripada buku-buku perundangan dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan wang negara dan terlibat dalam perjanjian yang menyalahi undang-undang Islam, membunuh, menangkap dan membuang negeri orang tanpa sebab, kemudian berjanji untuk tidak melakukannya lagi dan masih melakukannya untuk merosakan keadaan orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Oleh itu pemimpin ini akan disingkirkan dari jabatan. Jika penyingkirannya akan mendatangkan keadaan yang lebih baik daripada pengekalannya, maka dia mempunyai pilihan untuk berhenti atau disingkirkan daripada jabatan” - Sheikh Al Islam Mohammad Dia’Aldin Afandi.
Fatwa ini sangat aneh dan sesiapa sahaja boleh melihat keterangan-keterangan di dalamnya tidak menepati perbuatan dan tindakan Abdul Hameed, selepas itu Ketua Majlis Menteri, Tawfiq Pasha telah dipanggil untuk memberitahu Abdul Hameed tentang keputusan itu. Dia (Abdul Hameed) enggan untuk berbuat demikian (berhenti). Maka mereka menghantar sekumpulan empat orang - Aref Hikmat, Aram Afandi (Armenia), Asad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Apabila mereka masuk ke dalam pejabatnya, mereka mendapatinya sedang berdiri dengan tenang, Aref Hikmat membacakan fatwa kepadanya, kemudian Asad Tobatani maju ke hadapan dan berkata “Ummah telah menyingkirkan tuan dari jabatan”, Abdul Hameed marah dan berkata “Ummah telah menyingkirkan aku dari jabatan , ia tak mengapa.. tetapi mengapa kamu membawa Yahudi ke pejabat Khalifah?”, sambil menunjuk kepada Qrasow. Jelas sekali itu adalah ti tik tindakbalas kepada keengganan Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada Yahudi, dan sekarang mereka menunjukkan kepadanya (Abdul Hameed) bahawa mereka (Yahudi) adalah sebahagian dari penyingkirannya. Ini merupakan cabaran kepada maruah Abdul Hameed dan maruah ummat Islam.
Selepas penyingkiran Abdul Hameed daripada jabatan, banyak penulis mula menyerangnya (semasa bertugas) dan peribadi beliau, seorang daripada mereka adalah John Haslib, dalam bukunya “The Red Sultan” yang menjadi sangat mashyur, dan telah diterjemahkan kepada banyak bahasa seperti Arab dan Turki. Buku berbahasa Turki yang bertajuk “Iki Me Min Perde Arkasi Yazan : Nafiz Tansu” oleh Ararat Yayinevi adalah sebahagian daripada propaganda yang membawa Negara Uthmaniah tenggelam dan semakin dalam dan hanya akan diselamatkan oleh Turki Muda yang telah menyingkirkan Abdul Hameed. Sebuah buku lagi oleh penulis Arab Kristian yang masyhur, Georgy Zaydan dalam bukunya “Cerita-Cerita Dalam Sejarah Isla m Revolusi Uthmaniah”. Buku-buku ini tidak lain hanyalah penipuan-penipuan yang telah ditulis oleh orang-orang yang sangat benci kepada Islam dan Orang-orang Islam. Ia menceritakan bahawa Sultan Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam keseronokan hidup seperti perempuan dan alkohol, dan>raja yang zalim dan tidak pemaaf kepada musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan-penipuan ini tidak kekal kerana kebenaran sentiasa menang.
Akhirnya, selepas Abdul Hameed, muncul segolongan pemimpin yang lemah, mereka tidak mampu mentadbir negara dan mereka hilang kuasa dengan mudah. Seperti yang Abdul Hameed jangkakan, Perang Dunia Pertama berlaku dan negara Uthmaniah telah dibahagi-bahagikan. Orang-orang Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, (British dan Perancis) yang mana selepas itu telah mengkhianati mereka dan meletakkan mereka dibawah kekuasaan mereka dan memberi tanah Islam Palestin kepada Yahudi. Ia tidak akan berlaku jika mereka me ndengar nasihat Abdul Hameed.
Turki Muda Kebangsaan mendapat kuasa dan Mustafa Kemal Attartuk menghapuskan Khilafah Islam pada tahun 1924. Dengan ini berakhirlah Kesatuan Kepimpinan orang-orang Islam dalam masa 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya.
Pada hari ini, orang-orang Islam mula sedar daripada kesan Perang Arab-Israel pada tahun 1967, kesan perang Bosnia, perang Chechnya, dan perang Kashmir, orang-orang Islam mula menyedari bahawa mereka tidak akan dapat bangun melainkan jika mereka bersatu dan disatukan oleh ikatan Islam. Orang-orang Islam mula kembali kepada Islam dan Barat berwaspada semula, selepas beberapa tahun Azan dalam bahasa Turki, masjid-masjid di Istanbul kembali melaungkan “Allahu Akbar” dengan bahasa Arab yang jelas. Tanda-tanda kembalinya tamadun yang agung. Kita menyeru pembaca-pembaca Islam untuk membaca Al-Fatihah untuk roh Sultan Abdul Hameed dan semua orang-orang Islam yang mengabdikan hidup mereka untuk kepentingan Isl am dan seluruh Ummat Islam. Kami berharap kami telah dapat mempersembahkan sesuatu yang boleh membuat anda melihat secara jelas dan memperkuatkan kepercayaan anda kepada impian Islam dan membuang segala salah faham dan salah konsep jika ada.
Bersatu kepada ikatan Islam, semoga Tuhan merahmati Umat Islam dan memberi rahmat kepada roh Sultan Abdul Hameed dan semua orang Islam yang Ikhlas.
“Matahari mungkin telah terbenam, tetapi ia akan terbit semula dengan kehendak Tuhan.”