Monday, February 9, 2009

SERUAN MAHASISWA

Tanggal 27-29 Jun 2001,buat julung-julung kalinya,Persidangan Mahasiswa Malaysia Sejordan atau lebih dikenali sebagai PERTAMA telah diadakan dengan kejayaan menghasilkan beberapa resolusi yang melibatkan kebajikan mahasiswa Malaysia di Jordan,isu-isu tanah air dan dunia ketika itu.

6 tahun berlalu..PERTAMA kali ke2 pula berlangsung di Mafraq pada tanggal 8 Februari 2008.

Kini,nafas PERTAMA tidak terhenti begitu sahaja di Mafraq..bertemakan "Ke Arah Kematangan Ideologi Mahasiswa Muslim",dibawakan secara langsung dari Dewan Al-Kindi Universiti Yarmouk tanggal 12-14 Februari 2009,PERTAMA sekali lagi membuka tirai persidangannya..membawakan perwakilan-perwakilan pelajar dari 6 buah negara iaitu Jordan,Mesir,Sudan,Syria,Arab Saudi dan Yaman dengan tajuk-tajuk kertas kerja yang pasti menjana pemikiran mahasiswa.Antara tajuk-tajuk kertas kerja yang dibentangkan:

1. Feminisme Dan Islam; Huraian Suatu Ideologi Ciptaan ( Jordan )
2. IFC Dan Tuntutan KebebasanBeragama; Suatu Provokasi Khayalan? ( Mesir )
3. Yoga Dan Pengkid.Benarkah Islam Semakin Menyekat? ( Mesir )
4. MahasiswaDan Isu Semasa( Arab Saudi )
5. Islam Dan Terorisme; PenafianDan Kebenaran Di Sebaliknya ( Yaman )
6. Mempersonalitikan DiriDengan Acuan Dan Paradigma Seorang Daie ( Syria )

Didoakan PERTAMA kali ini tidak sekadar berjaya mencapai matlamatnya dari segi teori semata,malah dapat dipraktikkan dalam kehidupan mahasiswa Jordan khususnya. Semoga mahasiswa Jordan dapat mengekalkan semangat PERTAMA bukan sahaja di Dewan Al-Kindi Universiti Yarmouk,tetapi selagi anda bergelar mahasiswa Muslim.Salam bersidang kepada semua.

No comments:

Post a Comment